My Add

Monday 19 December 2011

217 dikhuatiri lemas

PETUGAS perubatan memberikan bantuan kecemasan kepada para mangsa bot karam yang dibawa ke sebuah pusat perlindungan di Trenggalek, Jawa Timur, Indonesia, semalam. – Agensi

ISNIN, 19 Disember, 2011:
Sebuah bot yang menyeludup warga asing dari Asia Barat dan beberapa negara lain menuju ke Australia karam di perairan Jawa Timur kelmarin dengan mengakibatkan 217 orang dikhuatiri lemas.

*   Tragedi berkenaan berlaku kira-kira 30 batu dari pantai Perigi, Trenggalek, Jawa Timur.

*   Menurut laporan media tempatan, sehingga tengah hari semalam seramai 33 penumpang bot berkenaan berjaya diselamatkan dan pasukan penyelamat masih berusaha mencari penumpang lain di kawasan perairan tersebut.

*   Namun, usaha mencari dan menyelamat dijejaskan oleh masalah cuaca buruk dan jarak penglihatan yang rendah.

*   Pendatang asing dari Turki, Afghanistan, Arab Saudi dan Iran itu menaiki bot milik nelayan Indonesia yang disewa untuk belayar ke Australia ketika kemalangan itu berlaku.

*   Bot berkenaan yang hanya mampu menampung tidak lebih daripada 100 orang dilaporkan telah mengangkut lebih 250 penumpang. - UM

No comments:

Post a Comment