My Add

Tuesday 6 December 2011

Yang mana satu: Biru gelap, biru firus?

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Disember, 2011:
ADA kala kita seronok mendengar atau mengikuti celoteh orang politik. Kebanyakan mereka bijak bercakap dan berhujah. 

Sekali sekala pula geli hati kita dibuatnya. Kadang-kadang timbul amarah apabila idola kita dikritik atau dipersenda.

Di ketika lain, kita bosan dengan ahli politik yang  memang tabiatnya gelojoh, cakap melulu, cakap lepas dan cakap ikut sedap mulut.

Yang banyak serta kerap kita jumpa, politikus hujah cetek, penuh dengan andaian dan tuduhan semberono tanpa bukti.

Saya terbaca komen panjang lebar orang kuat Pas. Celotehnya, negara terus dilanda 'gerhana' jika rakyat memilih warna biru tua dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Komennya, ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tentang masa depan orang Melayu sekiranya Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa. 

Kenyataan Najib itu dianggap berunsur ugutan dan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi peringatan begitu kepada rakyat. 

Katanya, Najib cuba memberi gambaran hanya BN layak memerintah dan jika Pakatan Rakyat berkuasa, negara akan musnah dan porak peranda.

Menurutnya, Najib terlupa, Pakatan Rakyat sekarang memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan pernah sekejap mentadbir Perak.

Dia mendakwa tidak ada satu pun negeri yang diperintah Pakatan Rakyat mengalami ‘gerhana’ seperti yang didakwa Najib.

Malah katanya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional.

Andaiannya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor buktikan kemampuan mendapat keuntungan RM1.1 bilion, rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

Pulau Pinang juga berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan.

Kedah pula dakwanya, berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya, kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kelantan dapat mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah setelah memerintah lebih 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih.

Orang kuat Pas itu mendakwa, era kepimpinan Najib zaman paling hitam dalam sejarah negara. Ya, ke begitu?

Allah lebih berkuasa dan maha mengetahui segalanya!

No comments:

Post a Comment