My Add

Tuesday 6 December 2011

Kes liwat Anwar: 12 dan 13 Dis tarikh penggulungan hujah

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Disember, 2011: 
MAHKAMAH Tinggi di sini menetapkan 12 dan 13 Disember sebagai tarikh baru penggulungan akhir hujah pembelaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh baru itu selepas menemui pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya hari ini setelah peguam yang mengetuai pihak pembelaan, Karpal Singh menulis kepada mahkamah memohon perkara itu ditangguhkan ke Isnin ini.

Karpal ketika ditemui di kompleks mahkamah itu berkata, Mohamad Zabidin telah melapangkan tarikh 8 dan 9 Disember yang ditetapkan sebelum ini.

"Hakim membenarkan permohonan kami selepas bantahan keras pihak pendakwaan di mana Timbalan Pendakwa Raya Wong (Wong Keng Kiat) menegaskan bahawa masa yang diberikan mencukupi untuk pihak pembelaan dan tiada alasan kukuh untuk pelanjutan,” kata Karpal Singh.

Bagaimanapun, kata beliau pihak pembelaan memerlukan lebih masa terutamanya untuk menyediakan transkrip nota perbicaraan membabitkan dua saksi pakar dari Australia iaitu pakar DNA, Dr Brian Leslie McDonald dan pakar forensik, Dr David Lawrence Noel Wells.

Ini merupakan tarikh ketiga yang ditetapkan mahkamah, selepas tarikh asal pada 23 dan 24 November setelah pembelaan memohon lanjutan masa bagi memfailkan hujahan selepas mereka menyatakan tidak dapat menyiapkan transkrip nota perbicaraan. – Bernama

No comments:

Post a Comment