My Add

Monday 14 May 2012

100 penduduk Ijok tuntut janji Khalid Ibrahim

*PENDUDUK mengadakan tunjuk perasaan secara aman untuk menuntut Menteri Besar menunaikan janji tidak mengambil padang bola, pondok komuniti dan kuil untuk tujuan pembangunan di Ijok, Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR, AHAD, 13 Mei, 2012: Kira-kira 100 penduduk Simpang Ijok di sini kesal dan marah terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa gagal melaksanakan janji untuk mengekalkan kemudahan awam, tapak rumah ibadat masyarakat Hindu serta tanah wakaf masjid di kawasan itu.

Perasaan kesal dan marah itu disuarakan mereka dalam perhimpunan aman untuk mengingatkan Menteri Besar mengenai janjinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan mengatakan untuk memelihara kawasan tersebut yang kesemuanya terletak di atas tanah seluas empat hektar dari sebarang projek pembangunan. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment