My Add

Tuesday 1 May 2012

13 maut termasuk bayi, kebakaran bas di Indonesia

PADANG (Indonesia), SELASA, 01 Mei, 2012: Kira-kira 13 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan bayi terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di kepulauan Sumatera, hari ini. 

Jurucakap polis di Sumatera Barat, Mainar Sugianto, berkatas ketika kejadian mangsa terpaksa memecahkan kunci tingkap bagi menyelamatkan diri daripada terbakar.

“13 daripada 45 penumpang maut selepas terperangkap di dalam bas itu ketika kebakaran. Pemandu bas tidak dapat memadamkan kebakaran sehingga menyebabkan api mula merebak.

“Kebakaran yang berlaku di bahagian depan bas dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri menerusi pintu belakang kerana dihalang dengan kotak dan beg,” kata mangsa yang terselamat, Fikri kepada stesen radio Elshinto di sini, hari ini. 

"Tingkap juga dikunci dan kami terpaksa memecahkannya untuk keluar,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment