My Add

Thursday 10 May 2012

Ops Pengarah': 20 kenderaan disita: di Plaza Tol Awan Besar

'Operasi Pengarah' 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Sebanyak 20 kenderaan disita dalam 'Operasi Pengarah' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Plaza Tol Awan Besar menghala ke Kuala Lumpur, malam tadi. 

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nazri Osman, berkata operasi dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam itu membabitkan 110 anggota JPJ dan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

"Hasil operasi ini, kita sita empat kereta, sebuah van serta 15 motosikal kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan mengubah enjin kenderaan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata, JPJ juga mengeluarkan 129 saman, termasuk 35 saman trafik kepada pengguna jalan raya bagi pelbagai kesalahan lalu lintas seperti tidak memiliki lesen memandu, nombor pendaftaran tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan dan mengubah suai ekzos kenderaan. 

Nazri berkata, operasi itu bertujuan menguatkuasakan akta dan peraturan lalu lintas, sekali gus membanteras kesalahan. 

Selain itu, tiga lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah. 

JKJR turut menyumbangkan topi keledar kepada penunggang motosikal yang menggunakannya tetapi tidak mematuhi ketetapan Sirim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment