My Add

Monday 28 May 2012

3,000 km jalan baru luar bandar hampir capai sasaran

KUALA LANGAT, ISNIN, 28 Mei, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin sasaran untuk membina kira-kira 3,000 kilometer jalan baru di kawasan luar bandar di seluruh negara tahun ini akan tercapai.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kejayaan kementerian yang kini berjaya membina lebih 2,000 kilometer jalan baru sekali gus melepasi jadual awal.

Beliau berkata, melalui rancangan projek pembangunan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan sentiasa mementingkan pembangunan di kawasan luar bandar.

"Dari segi rancangan membangunkan kawasan luar bandar, tidak ada negara membangun yang telah atau sedang melaksanakan program bersepadu dan sistematik seperti di negara ini apabila kerajaan menyediakan peruntukan besar untuk tujuan pembangunan negara.

"Ini kerana, kerajaan sedar bahawa kemajuan luar bandar dan kesejahteraan rakyat adalah faktor penting untuk berjaya dalam sosio ekonomi serta pembangunan sesebuah negara secara keseluruhannya," katanya selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment