My Add

Friday 18 May 2012

3,350 peneroka FELDA Chini terima durian runtuh

CHINI, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Seramai 3,350 peneroka di kawasan FELDA Chini termasuk peneroka yang memfailkan saman terhadap FELDA hari ini menerima durian runtuh keseluruhan berjumlah lebih RM16 juta. 

Penyampaian durian runtuh sebanyak RM5,000 kepada setiap peneroka dari lapan kawasan rancangan FELDA di sini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun di sini.

Antara penerima durian runtuh itu ialah sebahagian daripada 770 peneroka yang bertindak menyaman FELDA atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Menurut laporan sebelum ini, seramai 770 peneroka dari Gugusan FELDA Chini menfailkan saman terhadap FELDA berhubung dengan isu penipuan dan penyelewengan Kadar Perahan Gred (KPG), melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Kuantan dekat sini pada 26 April lalu. 

Dalam saman tersebut, peneroka terbabit sudah menamakan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu. 

Sementara itu, Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pekan, Jamaludin Shariff, yang juga seorang daripada 770 peneroka itu turut menerima durian runtuh berkenaan. 

Beliau yang menetap di FELDA Chini 4 berkata, beliau datang mengambil durian runtuh itu kerana itu adalah haknya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment