My Add

Wednesday 9 May 2012

Haniff Omar ketuai panel bebas


PUTRAJAYA, RABU, 09 Mei, 2012:: Kerajaan mengumumkan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail.

Hishammuddin berkata demikian selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, hari ini. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment