My Add

Tuesday 15 May 2012

BN Melaka senarai 30 peratus muka baru

MELAKA, SELASA, 15 Mei, 2012: Barisan Nasional (BN) Melaka menyenaraikan 30 peratus muka baru untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13. 

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perkara itu adalah amalan lazim BN Melaka pada pilihan raya umum.

Senarai nama calon terbabit telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk diperhalusi, katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Panasonic Industrial Devices Semiconductor (M) Sdn BHd, di Batu Berendam, di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit selepas dikecam pemimpin DAP susulan kenyataannya berhubung perhimpunan pada 28 April lepas, beliau berkata itu adalah tindakan wajar. 

Mohd Ali yang juga Naib Presiden Umno, berkata tindakan Abdul Aziz membuktikan DAP parti kuku besi yang tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka akan menggunakan teknologi solar bagi menjana elektrik di beberapa bangunan kerajaan seperti yang dilakukan pihak Panasonic. 

Beliau berkata sebagai permulaan, pihaknya akan mengaplikasi teknologi itu di bangunan Seri Negeri di sini.

Kilang Panasonic yang mula beroperasi pada 1990 dengan 900 pekerja itu merupakan kilang pertama di negeri ini yang memperolehi sijil Indeks Bangunan Hijau Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment