My Add

Tuesday 29 May 2012

Cara kepimpinan Nik Aziz melampau

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 28 Mei, 2012: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan pendekatan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘melampau’.

Ini kerana, katanya, tindakan Nik Abdul Aziz menetapkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO dianggap seperti tidak mahu melihat perpaduan antara umat Islam sedangkan ia merupakan tuntutan agama.

“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.

“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengawalan dan perlesenan percetakan al-Quran, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment