My Add

Sunday 20 May 2012

CUEPACS minta polis serah 3 nama penjawat awam terbabit

KOTA BHARU, AHAD, 29 Mei, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terbabit dalam perhimpunan bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lalu.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan membabitkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu CUEPACS menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata, CUEPACS juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku ahli perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa CUEPACS tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.

"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.

"Dalam peraturan juga jelas menyebut penjawat awam tidak boleh menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata, jika didapati bersalah, penjawat awam yang berkenaan boleh dibuang kerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment