My Add

Saturday 12 May 2012

Ibu, bayi 6 bulan maut nahas

KUANTAN, SABTU, 12 Mei, 201: Seorang ibu dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di jalan tanah merah Ladang Sungai Murung, dekat Jalan Bukit Ibam-Rompin, semalam.

Dalam nahas jam 4.50 petang itu, mangsa Asia Puteh, 24 dan bayinya Aril Shah Roslan, mati di tempat kemalangan akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata kenderaan terbabit dipandu ibu kepada Asia, Maiki Lekong, 61, dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Cemupuk, dekat Kedaik, Sungai Rompin.

"Pacuan empat roda itu terbabas dan melanggar tebing kanan jalan dan terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Maiki hanya cedera ringan dan mayat mangsa Orang Asli berkenaan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment