My Add

Saturday 5 May 2012

Jelajah Malaysia: Beberapa jalan di KL ditutup 8, 13 Mei

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat pada Selasa dan Ahad depan bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Jelajah Malaysia. 

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor, berkata peringkat pertama perlumbaan ialah pada Selasa (8 Mei) bermula dari Stadium Merdeka hingga Bulatan Batu Caves.

Beliau berkata, Jalan Stadium, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan Jalan Ipoh hingga Bulatan Batu Caves akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat antara 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

"Peringkat kedua perlumbaan ialah pada Ahad (13 Mei) bermula dari Bulatan Batu Caves hingga Dataran Merdeka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Rusli berkata, peringkat kedua itu akan membabitkan penutupan Jalan Ipoh dari Bulatan Batu Caves, Bulatan Kepong menuju Jalan Ipoh dan Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka secara berperingkat bermula 12 tengah hari hingga 2 petang. 

"Penutupan jalan akan dilakukan mengikut pergerakan pelumba dan dibuka semula setelah semua pelumba melalui jalan berkenaan," katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan laluan berkenaan pada waktu yang ditetapkan bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment