My Add

Friday 18 May 2012

Kes denggi di Selangor meningkat 50 peratus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lepas, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman.

Katanya sebanyak 2,770 kes dengan tiga kematian dicatatkan di negeri itu pada 2011.

"Jumlah terkumpul kes denggi dalam tempoh itu dilaporkan adalah 9,202, meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 7,579 kes tahun lepas, dengan 20 kematian direkodkan berbanding 12 kematian pada 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Hassan berkata negeri-negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes denggi ketara tahun ini ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 360 kes (59 peratus), Kelantan 221 kes (82 peratus), Kedah 134 kes (76 peratus) dan Perlis sebanyak 49 kes (181 peratus).

Bagi minggu ke-19 tahun ini (6 hingga 12 Mei), Dr Hassan berkata 393 kes dan tiada kematian dilaporkan berbanding 405 kes dengan dua kematian minggu lepas.

Katanya 89 lokaliti mengalami wabak di seluruh negara melibatkan 16 daerah dengan dua lokaliti kawasan panas wabak, iaitu Kuarters Kakitangan ATM (Jalan U-Thant) dan Taman Mulia, di Cheras.

Taman Mulia merupakan lokaliti kawasan panas baru dengan Kadar Pembiakan Aedes mencatatkan nilai yang tinggi iaitu Aedes Indeks 2.0 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment