My Add

Sunday 20 May 2012

Khidmat guaman percuma

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Mei, 2012: Seorang peguam yang lantang menyuarakan penubuhan badan baru bagi menggantikan Majlis Peguam, hari ini menyatakan kesediaan untuk memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota polis yang didakwa melakukan kekerasan ketika perhimpunan haram Bersih 3.0, April lalu.

Peguam berkenaan, Abu Backer Sidek berkata, khidmat itu bagi membela anggota polis berkenaan menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Menurutnya, kesediaannya itu adalah ekoran keputusan terburu-buru Majlis Peguam mengeluarkan resolusi menghentam dan meletakkan kesalahan kepada polis mengenai perhimpunan haram tersebut dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) majlis itu baru-baru ini.

''Majlis Peguam membuat resolusi yang berat sebelah kerana tidak mahu membela polis yang didakwa mengasari perusuh jalanan tetapi hanya memihak kepada perusuh yang menghentam polis.

Majlis Peguam telah menjadikan polis sebagai sasaran menghentam kerajaan dan cubaan melagakan rakyat dan pasukan keselamatan supaya masyarakat membenci golongan tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment