My Add

Monday 28 May 2012

Malaysia-Jerman perlu tingkat hubungan bidang pendidikan

FRANKFURT, ISNIN, 28 Mei, 2012: Hubungan Malaysia-Jerman mempunyai masa yang sangat cerah bukan saja dalam bidang hubungan perdagangan dan ekonomi, malah dalam bidang lain khususnya pendidikan. 

Konsul Jeneral Malaysia di sini, John Samuel, berkata kedua-dua negara perlu menyuntik elemen baru bagi menyediakan lajakan pertumbuhan yang kukuh di dalam hubungan dua hala.

"Saya percaya wujud masa depan yang sangat cerah di dalam hubungan dengan kuasa Ekonomi Eropah itu dan Malaysia, yang juga satu negara anggota utama ASEAN," katanya kepada Bernama.

"Saya percaya pendidikan adalah satu bidang yang akan memacu hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi. Saya rasa kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan perlu dipertingkatkan," katanya. 

Hubungan dua hala dengan Jerman pada 2011 berjumlah RM40.37 bilion, yang juga 3.2 peratus daripada perdagangan luar keseluruhan Malaysia. 

Pada suku pertama 2012, perdagangan Jerman-Malaysia berjumlah RM10.41 bilion, yang mana eksport Malaysia berjumlah RM4.28 bilion dan import dari Jerman RM6.13 bilion. 

Lebih 300 syarikat Jerman mempunyai kehadiran fizikal di Malaysia, dengan 70 peratus mempunyai operasi pengeluaran.

Syarikat Jerman semakin meningkat menggunakan Malaysia sebagai hab serantau bagi Asia Tenggara. 

Samuel berkata, kini wujud peningkatan minat oleh syarikat dan institusi perbankan Malaysia bagi meneroka peluang di Jerman. 

Baru-baru ini, Ketua Eksekutif CIMB Principal, Datuk Noripah Kamso berada di sini bagi melancarkan program perbankan Islam. 

CIMB belum mengenal pasti rakan Jerman yang sesuai bagi operasi masa depannya tetapi sumber industri di sini berkata, ini akan berlaku tidak lama lagi. 

Pelaburan Islam mempunyai pasaran 1.2 trilion. 

Bank itu dijangka menyasarkan penduduk Islam Jerman seramai 4.0 juta orang dan berharap penduduk bukan Islam akan ikut serta dalam kemudahan bank yang mematuhi syariah yang akan ditawarkan kelak. 

Kini terdapat kira-kira 2,000 rakyat Malaysia di Jerman, di mana 700 daripada mereka adalah pelajar. 

No comments:

Post a Comment