My Add

Sunday 20 May 2012

Mursyidul Am TIBAI selar Mursyidul Am Pas

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Mei, 2012: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuka ruang untuk parti itu bermuzakarah dengan UMNO menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'buang tabiat'.

Ini kerana katanya, Menteri Besar Kelantan itu antara individu yang lantang menghalang usaha bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan beberapa tahun dahulu.

"Nik Abdul Aziz sudah buang tabiat kerana sebelum ini beliau menghalang sebarang usaha seumpamanya sehingga menggesa Nasharudin dibuang daripada parti kerana mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment