My Add

Sunday 6 May 2012

Pas akui sukar saingi UMNO raih sokongan pengundi Melayu

IPOH, AHAD, 06 Mei, 2012: Pas mengakui agak sukar bagi parti itu untuk bersaing dengan UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar dan FELDA.

Ketua Penerangan Pas pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti berhadapan dengan pelbagai masalah untuk meraih sokongan di kedua-dua kawasan itu.

"Ruang bagi Pas yang bersaing dengan UMNO bagi merebut sokongan pengundi Melayu sehingga saat ini kita akui masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya di kawasan luar bandar dan FELDA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pas Perak ke-16 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment