My Add

Thursday 17 May 2012

Pembunuh pakar bedah Sydney mungkin dihantar pulang

MELBOURNE, RABU, 17 Mei, 2012:: Seorang rakyat Malaysia yang menembak mati pakar bedah jantung Sydney, Dr Victor Chang, besar kemungkinan akan dibebaskan daripada penjara beberapa bulan lagi.

Australian Associated Press melaporkan, Pihak Berkuasa Parol Negeri New South Wales yang bermesyuarat pada Khamis, berhasrat memberi parol kepada Liew Chiew Seng. 

Lelaki berusia 68 tahun itu yang telah merengkok di penjara selama 21 tahun mengalami penyakit Parkinson peringkat teruk. 

Besar kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia selepas diberi parol oleh pihak berkuasa berkenaan yang bermesyuarat Julai ini.

Liew dijatuhi hukuman penjara 26 tahun kerana melepaskan dua tembakan yang meragut nyawa Dr Chang dalam cubaan memeras ugut pada 1991. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment