My Add

Monday 14 May 2012

Pengalaman ngeri dubur dimasuki lintah

*MOHD. Farhan Adli Mohd. Alpatah melihat lintah yang memasuki duburnya di Kampung Paya Rambai, Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU, AHAD 13 Mei, 2012: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment