My Add

Monday 7 May 2012

PPR Pantai Ria bakal punyai sekolah agama RM6.5 juta

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam bakal mempunyai sebuah sekolah agama bernilai RM6.5 juta yang akan dibina tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, projek itu sedang dalam proses tender dan akan dibangunkan dalam tempoh terdekat yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Persekutuan Kuala Lumpur.

''Dengan adanya sekolah itu nanti, penduduk di sini tidak perlu lagi untuk menghantar anak mereka di tempat yang agak jauh.

''Lokasi sekolah itu terletak di tanah kosong bersebelahan Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria dan ia perlu dijadikan sebagai tempat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Sementara itu, Jamil Khir turut berkesempatan menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk 'Mengembalikan fungsi surau sebagai pusat pembangunan ummah' serta mengimamkan solat tersebut di Surau Ibadurrahman PPR Kampung Limau.

Tegas beliau, di negara ini, pembangunan surau dan masjid adalah seiring dengan arus pembangunan institusi lain.

''Menjadi hasrat kerajaan agar surau dan masjid bukan hanya dilihat sebagai tempat beribadat semata-mata, tetapi juga menjadi medan pertemuan bagi pembangunan masyarakat Islam," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment