My Add

Sunday 6 May 2012

PRU13: Lebuh raya antara janji BN Kelantan

*DATUK Mustapa Mohamad
KOTA BAHRU, AHAD, 06 Mei, 2012: Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang akan dijadikan sebagai perkara penting yang akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan beliau meneliti
cadangan tersebut termasuk dari aspek teknikal dan kos yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

"Saya akan jumpa Unit Perancang Ekonomi (EPU), kita dimaklumkan kos sekitar RM2 bilion, lagi lama kita tunggu kos akan naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Halal Pengkalan Chepa di Kompleks Industri Mara (KIM) Fasa II dan KIMFEST 2012, dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Komuniti 1Malaysia oleh Perdana Menteri pada Jumaat
lepas, mencadangkan kerajaan pusat membina lebuh raya tersebut bagi mengatasi kesesakan teruk terutama di musim perayaan di samping menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi di kawasan Ulu Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Umno Kelantan menyokong cadangan pembinaan lebuh raya tersebut kerana ia akan memberi banyak faedah kepada rakyat dan pembangunan negeri ini. – BRNAMA

No comments:

Post a Comment