My Add

Monday 21 May 2012

Rumah jadi stor mercun terbakar

MELAKA, ISNIN, 21 Mei, 2012: Sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api musnah terbakar dalam kejadian di Lorong Sidang Omar, Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru di sini pagi ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi itu turut mengejutkan Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang terdengar letupan mercun dan bunga api itu dari kediaman rasminya yang terletak 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Ghee Lye, dua daripada empat bilik di rumah tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis mercun. Turut ditemui ialah wang tunai berjumlah ribuan ringgit yang disimpan di dalam sebuah baldi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment