My Add

Tuesday 8 May 2012

Suami isteri maut dirempuh kenderaan

SEREMBAN, SELASA, 08 Mei, 2012: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Rasah, di sini malam tadi. 

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 7.40 malam itu, Phang Ching Wah dan isterinya, Chong May Chin, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

"Kedua-duanya dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai menuju ke Seremban ketika kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment