PELARI solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir kelihatan ditemubual oleh Neil Sport Channel di Giza sejurus menamatkan lariannya ke Piramid Giza, kelmarin.
Suwaibah, 38, mula memasuki Suez dari Kaherah untuk menamatkan larian dengan jarak 40 kilometer (km) semaam.
Pengurusnya, Mejar (B) Ahmad Azan Ridzuan berkata, larian yang bermula pada pukul 6.30 pagi tadi berjalan dengan lancar selain tahap kecergasan Suwaibah juga dalam keadaan stabil.
"Pagi tadi Suwaibah berjaya menghabiskan larian permulaan memasuki Suez sejauh 25 km dengan memasuki Nasir City dan akan menyambung semula larian petang nanti dengan jarak 15 km.
"Sejak semalam sehingga pagi ini, Suwaibah tidak perlu lagi memakai topeng muka tebal kerana ribut pasir yang sebelum ini menjadi penghalang telah berakhir," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment