My Add

Thursday 3 May 2012

Tempoh peralihan lebih lama untuk perusahaan kecil

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Kerajaan akan memberikan tempoh peralihan lebih lama bagi perusahaan kecil yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang untuk melaksanakan kadar gaji minimum sektor swasta. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihak berkenaan juga boleh memohon lanjutan tempoh peralihan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara jika menghadapi kesukaran untuk mematuhi kadar baru itu.
Beliau menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara di sini hari ini.
Dr Subramaniam juga menolak cadangan senator itu supaya pelaksanaan gaji minimum sektor swasta mengikut saiz perusahaan kerana saranan itu sukar dilaksana selain terdedah pada manipulasi pihak tidak bertanggungjawab. 

Katanya, penetapan kadar gaji minimum yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April lalu itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk produktiviti, garis kemiskinan serta indeks harga pengguna. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment