My Add

Monday 14 May 2012

UMNO masih lagi di hati orang Melayu

MARAN, AHAD, 13 Mei, 2012: Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin membuktikan UMNO masih lagi di hati orang Melayu termasuk golongan belia yang bakal menjadi pelapis kepimpinan pada masa depan.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kehadiran ahli dalam jumlah yang begitu besar membuktikan sokongan padu pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih lagi utuh.

"Semangat itu perlu dibawa sehingga ke peringkat akar umbi secara agresif, sistematik dan komited. Jangan tunggu dan lihat sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ismail, semua pemimpin dan ahli UMNO sentiasa bersiap sedia serta tidak melakukan persiapan pada saat-saat akhir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment