My Add

Saturday 19 May 2012

UMNO perlu hati-hati ajakan Pas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Walaupun menyambut baik ajakan Pas untuk mengadakan muzakarah, UMNO perlu berhati-hati kerana ia dilihat sebagai usaha untuk memperlahankan serangan UMNO yang mulai merobohkan kubu-kubu Pas.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, pemimpin UMNO tidak perlu ghairah untuk menerima ajakan itu memandangkan Pas sendiri tidak bersatu dalam idea yang dilontarkan oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita harus melihat ia (ajakan Pas untuk bermuzakarah) sebagai usaha untuk menakutkan orang Cina terhadap UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO dan bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Usaha itu kemudian disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima pelawaan itu.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, Muhyiddin berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras terutama oleh Nik Aziz sendiri.

Begitu pun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini pula menyatakan bahawa soal Pas hendak bermuzakarah dengan UMNO atas dasar untuk penyatuan politik tidak timbul dan ia sudah lama mati. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment