My Add

Sunday 27 May 2012

Usaha hidupkan kembali ”Pesta Main Pantai”

KUALA TERENGGANU, AHAD, 27 Mei, 2012: Kerajaan Terengganu akan menghidupkan kembali tradisi ”Pesta Main Pantai” yang begitu sinonim dengan masyarakat negeri itu pada suatu ketika dahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pesta itu dilihat sebagai persada bagi merintis kembali martabat dan kegemilangan seni, budaya dan warisan bangsa yang dapat menggamit pelancong ke Terengganu.

Katanya, pesta itu merupakan acara tradisi yang diadakan sejak tahun 70-an, bagaimanapun zaman kegemilangannya semakin malap berikutan arus pemodenan.

"Kita akan merangka pelbagai acara bagi menggamit kembali nostalgia dari zaman berzaman itu,” katanya selepas merasmikan Pesta Main Pantai Terengganu, di sini, hari ini.

Pesta Main Pantai yang sedang berlangsung selama 10 hari dan berakhir 3 Jun ini, diadakan di Dataran Shahbandar di sini.

Ahmad berkata, pelbagai acara kesenian, tradisi dan warisan seperti permainan sukan rakyat, kraf tangan, makanan tradisional dan persembahan kebudayaan Terengganu akan diadakan sempena pesta itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment