My Add

Tuesday 8 May 2012

Wakil BN keluar Dewan lepas usul ke atas Guan Eng ditolak

GEORGETOWN, SELASA, 08 Mei, 2012: Semua wakil Barisan Nasional (BN) sekali lagi keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang apabila usul mereka untuk mengheret Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ke Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan ditolak Speaker Datuk Abdul Halim Hussain. 

Usul bagi membincangkan tindakan Guan Eng yang berbaur hasutan yang menuduh UMNO akan merobohkan semua kuil sekiranya negeri ini dirampas daripada DAP yang dicadangkan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) itu disokong semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN. - BH Online

No comments:

Post a Comment