My Add

Thursday 3 May 2012

Wanita kejar peragut cedera ditendang

KUANTAN, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Seorang pekerja salon yang bertindak mengejar peragut, cedera ditendang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah utama, di sini. 

Ketika kejadian, mangsa Lee Jia Chai, 22, sedang berbual-bual menggunakan telefon bimbit di kawasan tangga kecemasan pusat beli-belah berkenaan apabila secara tiba-tiba seorang lelaki meragut telefon bimbitnya.

Dalam kejadian jam 2.50 petang semalam, mangsa bertindak mengejar suspek yang melarikan diri melalui tangga kecemasan tersebut.

"Saya cedera di kaki, tangan dan badan akibat terjatuh selepas ditendang suspek di kawasan tangga berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Lee berkata, beliau hanya kehilangan telefon bimbitnya yang berharga kira-kira RM700. 

"Suspek berketinggian lebih kurang 170 sentimeter dan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment