My Add

Thursday 28 June 2012

Geran Selangorku RM300j bukan dari sumber meragukan

SHAH ALAM, RABU, 27 Jun, 2012: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menafikan dakwaan peruntukan RM300 juta di bawah Geran Selangorku diperoleh daripada sumber yang meragukan.

Sebaliknya, beliau menyatakan ia adalah daripada sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri, selain keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi pengambilalihan hutang-hutang lapuk syarikat Talam Corporation (Talam) dan penstrukturan semula projek Canal City.

''Menteri Besar telah menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November 2011.

''Malah, MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) juga telah mengadakan pameran pada sidang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment