My Add

Thursday 28 June 2012

Mohon kepakaran kita dalam bidang sektor awam

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Jun, 2012: Presiden Guinea, Prof. Alpha Conde meminta Malaysia membantu kerajaannya melatih penjawat awam negara itu dalam usaha melahirkan kakitangan sektor awam yang cekap di republik berkenaan.

Menurutnya, antara kerjasama yang boleh diadakan adalah melalui penghantaran pegawai-pegawai terpilih dari negaranya untuk menyertai kursus berkaitan khususnya di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Malaysia juga boleh menghantar pakar-pakarnya dalam sektor awam ke Guinea untuk memberi latihan kepada kakitangan awam negara itu secara lebih meluas.

''Intan telah berjaya menjadi sebuah institut yang mampu melahirkan penjawat awam yang baik dan berdedikasi. Oleh itu, saya kira Guinea dan Malaysia boleh bekerjasama terutama bagi memperkemaskan lagi sektor awam di negara kami,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Intan di Bukit Kiara hari ini sempena lawatan rasminya selama empat hari ke Malaysia bermula semalam.

Lawatan Conde ke Intan diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Conde turut diberikan taklimat ringkas mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab Intan oleh Pengarahnya, Dr. Aminuddin Hassim.

Dalam pada itu, Conde mengakui Malaysia merupakan sebuah negara membangun contoh yang harus diikuti.

''Saya percaya kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia adalah hasil daripada komitmen serta kesungguhan kerajaan anda membangunkan sistem pengetahuan yang baik dalam kalangan rakyat" katanya.

''Oleh itu besarlah harapan saya untuk melihat segala kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia menjadi pemangkin kepada kami bagi meneruskan usah - utusana memajukan lagi Guinea khususnya dalam bidang sektor awam,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment