My Add

Thursday 28 June 2012

Siasat siapa tukar status Padang PKNS

SHAH ALAM, RABU, 27 Jun, 2012: Seorang Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendesak supaya mana-mana pihak termasuk Exco kerajaan negeri disiasat kerana kemungkinan terlibat dalam penyelewengan membabitkan penukaran status zon Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya, dekat sini.

Derek John Fernandez berkata, ini memandangkan banyak kepincangan berlaku dalam kes penukaran status zon tanah melibatkan padang tersebut yang telah diwartakan sebagai zon tanah lapang dan rekreasi.

Beliau berkata, undang-undang memperuntukkan setiap pindaan zon perlu melalui proses bantahan awam terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada orang ramai dan penduduk setempat untuk menyatakan pandangan mereka mengenai pindaan itu.

''Justeru, mana-mana pihak yang terlibat termasuk Exco kerajaan negeri perlu disiasat kerana kemungkinan terlibat mengeluarkan arahan kepada pihak tertentu untuk menukar status zon padang berkenaan tanpa mengikut prosedur ditetapkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment