My Add

Thursday 28 June 2012

Pendakwaan dalam masa 90 hari

Oleh SHOLINA OSMAN
KANGAR, rabu, 27 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia untuk melaksanakan perbicaraan pantas iaitu proses pendakwaan ke atas tertuduh di mahkamah yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari selepas pertuduhan, mulai bulan depan.

Perbicaraan pantas melibatkan kesalahan kes membabitkan hukuman penjara maksimum 10 tahun mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2012) dan ia juga tidak melibatkan kes jenayah seksual dan kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Siasatan Bukit Aman, Datuk Razali Basri berkata, semua pegawai penyiasat dan penyelia siasatan sedang diberi pemahaman dan pendedahan bagi mengendalikan siasatan untuk kes-kes perbicaraan ini.

"Melalui perbicaraan pantas ini, ia akan menjimatkan masa di mana kes-kes tertentu tidak perlu melalui tempoh perbicaraan yang lama di mahkamah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment