My Add

Thursday 28 June 2012

75% graduan IPT dapat kerja

Oleh HAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA, RABU,  27 Jun, 2012L Sebanyak 75 peratus graduan institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2011 juga menunjukkan trend graduan mendapat pekerjaan meningkat daripada 71.3 peratus pada 2007 kepada 77.4 peratus tahun lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peningkatan tersebut membuktikan keberkesanan sistem pengajian di negara ini selain peluang pekerjaan yang sentiasa ada bagi memenuhi permintaan pasaran.

''Bagi universiti komprehensif trend graduan yang mendapat pekerjaan juga turut menunjukkan peningkatan iaitu 67 peratus pada 2007 kepada 72.2 peratus untuk 2011.

''Universiti berfokus pada tempoh sama turut mencatatkan peningkatan iaitu daripada 69.8 peratus kepada 74.2 peratus,'' katanya dalam ucapan perasmian majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) pangkalan data antara kementerian dan Might-Meteor Andvanced Manufacturing Sdn. Bhd. (Might-Meteor), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment