20 dikhuatiri maut pesawat terhempas di Kazakhstan
ALMATY, SELASA, 29 Januari, 2013: Syarikat penerbangan Kazakhstan, SCAT berkata sebuah pesawatnya terhempas berdekatan Almaty dengan semua 20 penumpang dan krew di dalamnya dikhuatiri terbunuh.
SCAT dalam satu kenyataannya berkata, pesawat membawa 15 penumpang dan lima anak kapal berada dalam pesawat ketika terhempas dan tiada seorang dilaporkan terselamat.
Agensi berita Interfax memetik Timbalan Gabenor Wilayah Almaty, Amandyk Batalov, sebagai berkata ketika kejadian pesawat dalam penerbangan dari Kokshetau di bahagian utara. - AP
No comments:
Post a Comment