546 nelayan Beluran terima elaun sara hidup
BELURAN, selasa, 29 jANUARI, 2013: 546 nelayan dari kawasan Beluran menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 seorang di sini, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan perasmian pada majlis itu berkata, jumlah peruntukan keseluruhan bagi pemberian elaun sara hidup nelayan itu berjumlah RM109,200.
Katanya, pemberian elaun sara hidup nelayan adalah antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat nelayan di negara ini.
"Saya percaya ia (elaun) ini akan menjadi pendorong kepada para nelayan untuk terus berusaha gigih, dalam memajukan industri perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi khususnya di negeri Sabah dan Malaysia amnya," katanya.
Teks ucapannya disampaikan ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee.
Menurutnya, selain elaun ini, nelayan juga menerima bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut.
Beliau berkata, di samping itu, nelayan juga dibayar wang insentif tangkapan iaitu 10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment