My Add

Wednesday 30 January 2013

Hadi didakwa hina pengorbanan penyokong tegar

KUALA TERENGGANU, SELASA, 29 Januari, 2013: Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi buku Amanat Haji Hadi yang dilancarkan semula pada 11 Januari lalu menghina semua ahli Pas termasuk yang terbunuh dalam peristiwa Memali sedangkan Presiden Pas itu pernah mengisytiharkan mereka sebagai mati syahid.

Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, berkata, di dalam buku cetakan kedua Amanat Haji Hadi itu, kandungannya antara lain turut menyebut segelintir ahli Pas sebagai pelampau yang memberi gambaran buruk terhadap 'amanat' itu.

Beliau turut menunjukkan bukti itu yang terdapat dalam muka surat 55 perenggan ketiga di dalam buku Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta selain tajuk Penghuraian Dan Penjelasan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment