My Add

Wednesday 30 January 2013

Dr Haron Din tunggu giliran dipecat?

KUALA TERENGGANU, SELASA, 29 Januari, 2013: Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.

Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail berkata, beliau percaya tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang turut dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani berkata, Haron sebelum ini merupakan antara pemimpin Pas yang lantang mengkritik kesediaan parti itu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama-agama lain di negara ini.

“Saya yakin ada lagi. Selepas Ustaz Nasha, saya yakin sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas akan dipecat jika mempertikaikan kerjasama dengan DAP dan isu kalimah Allah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment