My Add

Wednesday 30 January 2013

Penyertaan Nasha ke Gaza patut jadi model kerjasama kerajaan-pembangkang  

KUALA LUMPUR, SELASA, 29 Januari, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas sepatutnya melihat penyertaan Nasharudin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pihak pembangkang.

Beliau berkata, bagaimanapun parti itu lebih mementingkan agenda politik mereka apabila bertindak memecat bekas Timbalan Presiden Pas itu daripada Majlis Syura Ulama parti berkenaan.

"Pas perlu melihat penyertaan Nasharudin ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA): Strength In Collaboration di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemecatan Nasharudin yang sentiasa konsisten mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering mengkritik hubungan DAP dengan Pas daripada Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.

Bekas Perdana Menteri berkata, penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri itu sebenarnya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas). Kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada parti itu, Dr. Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment