My Add

Tuesday, 29 January 2013

Zambry tolak dakwaan hanya dua kerusi DUN diberi kepada MIC

IPOH, SELASA, 29 Januari, 2013:: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menolak dakwaan hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi MIC di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi pihak tertentu.

"Jadi apa yang anda dengar dua kerusi, tiga kerusi atau tujuh, lapan kerusi, itu hanyalah spekulasi daripada pihak tertentu.

"Kita biasanya melaksanakan persefahaman (mengenai pembahagian kerusi) berdasarkan kuota yang kita ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Rakyat, di sini.

Katanya, sokongan masyarakat India dan MIC terhadap BN tidak wajar dipandang rendah.

MIC diperuntukkan dua kerusi Parlimen iaitu Tapah dan Sungai Siput pada pilihan raya umum lalu, yang menyaksikan calon BN, M Saravanan memenangi kerusi Tapah manakala Datuk Seri S Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Sungai Siput.

MIC juga gagal mempertahankan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya iaitu Pasir Panjang, Behrang, Sungkai dan Hutan Melintang.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment