Beberapa bandar di Australia dilanda banjir besar, 4 terbunuh
BRISBANE, SELASA, 29 Januari, 2013: Ribuan penduduk Australia dipindahkan ke pusat perlindungan berikutan hujan lebat melanda kebanyakan bandar dan pekan di timur laut negara itu, mengakibatkan empat orang terbunuh.
Dengan paras air banjir yang dijangka meningkat di kebanyakan kawasan yang teruk dilanda banjir lewat hari ini, pegawai tempatan bergegas ke lokasi berisiko tinggi untuk menghulurkan bantuan.
Di bandar paling teruk terjejas, Bundaberg, kira-kira 385 kilometer utara Brisbane, anggota penyelamat memindahkan 1,000 orang ke tempat selamat selepas tebing sungai bandar berkenaan pecah menyebabkan seluruh bandar berkenaan diselaputi lumpur tebal. - AP
No comments:
Post a Comment