My Add

Tuesday, 29 January 2013

Mahkamah lanjutkan reman tiga suspek sindiket jual bayi

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 29 Januari, 2013: Polis Pulau Pinang mendapat kebenaran melanjutkan reman tiga suspek sindiket menjual bayi dan kanak-kanak selama tujuh hari bermula hari ini.

Kebenaran terbabit diperoleh melalui perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Arif Mohamad Shariff.

Pada 24 Januari lalu, polis berjaya meyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak susulan penahanan 33 ahli sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang aktif sejak 2009.

Sindiket terbabit didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. - BH

No comments:

Post a Comment