My Add

Tuesday 29 January 2013

RM1.41 juta baucar buku untuk 5,760 pelajar PKB

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, SELASA, 29 Januari, 2013: Seramai 5,760 pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) menerima manfaat daripada Kerajaan Pusat menerusi agihan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BBB1M) berjumlah RM250 setiap seorang.

Pengarahnya, Noor Azahan Othman berkata, bantuan tersebut membabitkan peruntukan berjumlah RM1.41 juta yang mula diagihkan kepada pelajar berkenaan hari ini.

"Bantuan ini diberikan bagi membantu meringkan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar berkenaan.

"Melalui bantuan ini, ia diharapkan mampu membantu para pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan yang terbaik bagi untuk digunakan dalam proses pembelajaran nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian BBB1M di Dewan Jubli Perak PKB di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment