My Add

Monday 11 February 2013

103 pesalah trafik ditahan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

*ABDUL Rahman Emang Anyie (kiri) memeriksa identiti seorang pemuda dalam operasi khas motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU, AHAD, 10 Februari, 2013: Dua remaja perempuan yang menunggang motosikal sejauh 45 kilometer tanpa lesen adalah antara 103 pesalah trafik yang ditahan dalam operasi khas motosikal sempena Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Remaja berusia 16 dan 19 tahun berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Sultan Muhamad dekat sini.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, dua remaja berkenaan ditahan dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 malam yang disertai 87 pegawai dan anggota JPJ, polis serta AADK. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment