My Add

Monday 11 February 2013

Polis bantuan antara ditahan berlumba

*BEBERAPA kenderaan dan pemiliknya yang ditahan dalam Operasi Pencegahan Khas yang dijalankan di sekitar bandar Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN, AHAD, 10 Februari, 2013: Seorang polis bantuan sebuah bank antara 10 pemandu kereta yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti lumba haram di sekitar bandar ini awal pagi tadi.

Kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam Operasi Pencegahan Khas antara pukul 1 hingga 4.30 pagi yang dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman.

Ketua unit khas itu, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, kesemua individu berusia 21 hingga lewat 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Kesemua mereka ditahan selepas didapati berlumba di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal dan Jalan Yam Tuan di bandar ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment