My Add

Friday 15 February 2013

11 NGO terus desak Pas nyatakan pendirian

 *SEBAHAGIAN pemimpin dan ahli NGO membuat bantahan aman di hadapan bangunan Pas mengenai isu kalimah Allah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.

Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya Pas mempunyai pendirian yang sama dengan Majlis Syura Ulama parti itu, mereka sewajarnya meninggalkan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun katanya, jika Pas sependapat dengan majlis tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, parti itu jelas telah menggadai prinsip asal perjuangan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment