My Add

Monday 18 February 2013

12 bulan untuk Malaysia-Singapura pilih rekaan Sistem Transit Rapid


SINGAPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Malaysia dan Singapura mempunyai 12 bulan untuk memutuskan pilihan rekaan Sistem Transit Rapid (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru.

Beliau berkata, RTS adalah antara perkara yang akan dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong dalam pemukiman pemimpin keempat di sini esok.

"RTS adalah antara perkara dipersetujui kedua dua pemimpin pada 2010," katanya di sini, sebentar tadi.

Antara opsyen RTS ialah laluan bawah tanah atau jambatan baru menghubungkan kedua dua negara.

Kajian kejuruteraan projek RTS disiapkan pada November lalu. - BH

No comments:

Post a Comment